Maahad Tahfiz Integrasi Nadi Huffaz, Rawang

Tentang Kami

Maahad Tahfiz Integrasi Nadi Huffaz merupakan sebuah maahad tahfiz yang berdaftar penuh dengan JAIS & JAKIM. Kami menjalankan program Tahfiz Sepenuh Masa serta Pengajian Akademik & Diniyyah. 

Pengenalan

Pada awal tahun 2019, telah tercetus idea daripada Ustaz Hanif Hashim untuk menubuhkan sebuah maahad tahfiz di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Beliau mula merancang dan melaksanakan urusan pendaftaran sekolah.

Tahun 2020 menyaksikan pembukaan Akademi Nadi Huffaz (ANH) yang terletak di Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri. Ketika itu, terdapat 20 orang pelajar harian dan asrama serta 3 orang guru.

Pada tahun 2021, ANH bertukar nama menjadi Maahad Tahfiz Nadi Huffaz. Jumlah pelajar yang kian bertambah menyebabkan pihak pengurusan membuat keputusan untuk mencari premis yang lebih luas dan selesa, iaitu di M Residence, Rawang. Premis ini menempatkan pejabat sekolah, bilik-bilik kuliah dan asrama.

Tahun 2022 menyaksikan pertambahan sebuah lagi premis yang dijadikan asrama pelajar lelaki, surau dan dewan makan. Selain itu, dengan adanya program akademik, maka sekolah dinaiktaraf menjadi Maahad Tahfiz Integrasi Nadi Huffaz.

Maahad Tahfiz Integrasi Nadi Huffaz adalah sebuah institusi tahfiz persendirian yang berdaftar penuh dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Kod Sekolah : BZH 7052

No. Perakuan Pendaftaran : 13S (9) 11/63


Sejarah Kami

Perjalanan Nadi Huffaz dalam bidang pendidikan bermula pada tahun 2011. Pada peringkat permulaan, Nadi Huffaz membuka sebuah pusat pengajian di Masjid Tanah, Melaka. Di sini, Nadi Huffaz menyediakan kelas pengajian Iqra’ dan al-Quran untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 17 tahun.

Kem al-Quran

Kem al-Quran

Nadi Huffaz juga menjalankan Kem Cuti Sekolah dan Kem Motivasi Anak Soleh setiap kali musim cuti persekolahan. Dianggarkan 50 hingga 70 orang pelajar yang menyertai program-program tersebut setiap kali ia diadakan.

2014 – 2016

Pada tahun 2014, Nadi Huffaz menganjurkan Seminar Mengaji Al-Quran menggunakan Kaedah Haraki yang dipelopori oleh Hj. Zakaria Nasirudin, mantan pensyarah IPG Kampus Ipoh, Perak. Seminar ini telah diadakan di masjid-masjid di seluruh Malaysia dan mensasarkan golongan remaja, dewasa dan warga emas.

2016

2016

Nadi Huffaz mengorak langkah dengan membuka sebuah pusat pengajian Al-Quran di Saujana Rawang, Selangor.


2019 – kini

Akademi Nadi Huffaz mula beroperasi di sebuah rumah corner lot di Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor pada tahun 2020. Bermula dengan jumlah pelajar seramai 20 orang dan 3 orang guru, Akademi Nadi Huffaz kemudiannya menukar nama kepada Maahad Tahfiz Nadi Huffaz (MTNH).

2021

2021

Premis MTNH telah berpindah ke tempat yang lebih luas dan selesa iaitu di M Residence Rawang, Selangor. Jumlah pelajar pada waktu itu adalah 50 orang pelajar lelaki dan perempuan.

2022

2022

Tahun 2022 menyaksikan pertambahan sebuah lagi premis tiga tingkat yang menjadi asrama pelajar lelaki, surau dan dewan makan. Jumlah pelajar juga bertambah kepada 60 orang.

Aktiviti

274470768_713356983383473_8523523001735515853_n
Maahad Tahfiz di Rawang
272908768_701427664576405_4063227075455273894_n
271849440_689688955750276_7620269468603257129_n
271607087_688986395820532_1210373516391743302_n
271036928_687040126015159_7987008198339071518_n
271772107_688986332487205_1684059647725002567_n
NH

Infaq untuk MTINH


Secara Online


Melalui Whatsapp